Sunday, August 7, 2016

Piala Malaysia 2016 : Kuala Lumpur vs Kelantan

Pusingan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia 2016, Kuala Lumpur akan menentang Kelantan di Stadium Majlis Penbandaran Selayang pada 9 Ogos 2016, Jam 4.45 Petang 9: malam.

Kelantan akan ke Lembah Klang untuk mengutip 3 mata penuh bagi memastikan kedudukan dalam kumpulan B lebih terjamin dan menempahkan tempat bagi slot suku akhir Piala Malaysia.

Piala Malaysia 2016 : Kuala Lumpur vs Kelantan


Waktu perlawanan ini terpaksa diubah jadi lebih awal kerana lampu limpah di stadium tidak menepati piawaian yang ditetapkan FMLLP.

Update: Waktu perlawanan telah diubah kembali, dan perlawanan akan diadakan pada pukul 9.00 malam seperti biasa.

Ia sedikit memenatkan bagi pasukan Kelantan sebagai pelawat yang terpaksa menempuhi perjalanan jauh dan sekarang ini sedang menghadapi masalah ramai pemain yang tidak boleh diturunkan kerana kecederaan.

Pada perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur sebelum ini di Kota Bharu, Kelantan menang 1-0 menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Baze Ilijoski.

Jadi cabaran daripada pasukan Kuala Lumpur sebenarnya tidak boleh dipandang rendah. Lebih-lebih lagi TRW akan bermain di tempat mereka.

Kelantan setakat ini menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan B yang belum tewas, dan seluruh pasukan Kelantan sudah semestinya mahu memastikan rekod ini kekal.


Rekod Perlawanan Kuala Lumpur vs Kelantan

Kuala Lumpur kini sedang bergelut dengan masalah prestasi yang tidak konsisten, dalam 5 perlawanan terakhir mereka hanya menang satu kali sahaja.

Manakala bagi pasukan Kelantan, prestasi sedang meningkat naik, dalam 5 perlawanan terakhir anak buah Popov cuma tewas sekali sahaja. Jadi momemtum positif ini perlu dikekalkan.

Dan rekod pertemuan kedua-dua pasukan pula lebih memihak kepada pasukan Kelantan.


30/07/2016 Piala Malaysia (Group B) Kelantan 1 0 Kuala Lumpur
17/03/2015 Piala FA (Round 2) Kelantan 1 0 Kuala Lumpur
19/06/2012 Liga Super Kuala Lumpur 0 1 Kelantan
10/03/2012 Piala FA (Round 2) Kelantan 3 2 Kuala Lumpur
28/01/2012 Liga Super Kelantan 3 0 Kuala Lumpur
30/04/2011 Liga Super Kelantan 2 0 Kuala Lumpur
15/02/2011 Liga Super Kuala Lumpur 0 2 Kelantan

Keputusan Perlawanan Kuala LumpurVs Kelantan



Keputusan Perlawanan - 9 Ogos 2016
Kuala Lumpur 0 1 Kelantan
Mohd Badri Radzi 61'

Load disqus comments

0 comments