Monday, October 17, 2016

Piala Presiden 2016 : Kelantan Vs T-Team

Piala Presiden Malaysia 2016 pada musim akan menemukan pasukan bawah 21 Kelantan menentang T-Team.

Kelantan B-21 akan turun selaku juara bertahan untuk memburu kejuaraan kali ke-7.

Piala Presiden 2016 : Kelantan Vs T-Team


Perlawanan ini boleh diibaratkan sebagi perlawanan abang dan adik, kerana bakal menemukan 2 skuad yang dibimbing oleh dua legenda bolasepak Kelantan iaitu Hashim Mustapha (Kelantan B21)dan Nafuzi Zain (T-Team B21).

Kelantan B21 adalah merupakan juara bagi kumpulan A, manakala T-Team pula menduduki tangga ke-3 bagi kumpulan B.

Dalam lalulan ke pusingan akhir, Kelantan B21 telah menewaskan Pahang B21 di peringkat Suku akhir, dan menumbangkan anak muda Selangor B21 di separuh akhir.

Sambil itu kecemerlangan pemain muda Kelantan iaitu Muhammad Danial Asyraf yang setakat menjadi penjaring terbanyak dengan 17 gol pastinya akan memberi harapan besar untuk Kelantan B21 sekali lagi diangkat selaku juara Piala Presiden 2016.

Harapan besar digalas oleh anak muda Kelantan untuk menjulang kejuaraan pada musim ini.

Untuk rekod sejak Piala Presiden ini diperkenalkan sejak tahun 1985, Kelantan telah menjadi juara sebanyak 6 kali sekaligus menjadi pasukan paling banyak menjadi juara.

Semoga anak muda Kelantan mampu mencatat kemenangan dan berjaya menjadi barisan pemain pelapis bolasepak negara pada masa akan datang.


Piala Presiden 2016 - Final
Final 1 : 18/10/2016, Selasa
Kelantan 1-1 T-Team
Final 2: 25/10/2016, Selasa
T-Team vs Kelantan
Load disqus comments

0 comments