Friday, February 17, 2017

Liga Super 2017 | Kelantan vs Kedah

Perlawanan ketiga Liga Super 2017 bagi pasukan Kelantan akan bertemu Kedah pada 18 februari di Stadium Sultan Muhammad IV.

Saingan pasti menarik kerana kedua-dua pasukan setakat ini masih belum kalah. Bagi Kelantan sedang memburu rekod kemenangan buat kali ketiga berturut-turut pada musim ini. Bagi pasukan Kedah pula mereka setakat sudah mencatat 2 kemenangan dan 2 keputusan seri.

Kelantan akan turun beraksi buat pertama kali digelanggan sendiri pada musim ini selepas 2 perlawanan di Kota Bharu sebelum ini terpaksa ditunda.

Kedah pula setakat ini masih lagi belum mampu mencatat kemenangan ketika beraksi di tempat lawan.

Liga Super 2017 | Kelantan vs Kedah

Pemain Kelantan harus bangkit daripada kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala FA. Dan kini pemain boleh berikan fokus kepada saingan Liga Super sahaja. Menewaskan Kedah adalah penting untuk menaikkan kembali moral pemain untuk terus beraksi dengan cemerlang pada perlawanan yang seterusnya.

Info penting menjelang perlawanan Kelatan vs Kedah adalah kecederaan beberapa pemain penting kedua-dua pasukan.

Pasukan Kelantan dijangka bakal turun tanpa kelibat Mohd Badhri Radzi dan Ghaddar akibat masalah kecederaan.

Begitu juga dengan pasukan Kedah yang bertandang ke Kota Bharu tanpa Syazwan Zainom, Sandro Dan Liridon yang juga dilanda kecederaan.

Rekod Perlawanan Kelantan vs Kedah

Berdasarkan rekod perlawanan yang lepas, kelebihan dilihat memihak kepada pasukan Kedah. Kali terakhir Kelantan menang mengatasi Kedah adalah pada tahun 2014 dalam aksi suku akhir Piala Malaysia, namum tewas pada perlawanan timbal balik.



24/08/16 Liga Super Kelantan 1-2 Kedah
04/03/16 Piala FA (Round 3) Kedah 1-1 / p.5-4 Kelantan
01/03/16 Liga Super Kedah 2-1 Kelantan
10/10/14 Piala Malaysia (suku akhir 2) Kedah 3-0 Kelantan
03/10/14 Piala Malaysia (suku akhir 1) Kelantan 3-1 Kedah
04/09/12 Piala Malaysia (group B) Kedah 0-0 Kelantan
25/08/12 Piala Malaysia (group B) Kelantan 2-1 Kedah
16/06/12 Liga Super Kelantan 2-1 Kedah
01/05/12 Piala FA (semifinal 2) Kedah 2-2 Kelantan
21/04/12 Piala FA (semifinal 1) Kelantan 1-1 Kedah
20/01/12 Liga Super Kelantan 0-2 Kedah
Load disqus comments

0 comments