Sunday, February 12, 2017

Piala FA 2017 | PKNP FC vs Kelantan

Perlawanan Piala FA 2017 pusingan kedua, Kelantan akan menentang PKNP FC di Stadium Perak, Ipoh pada 14 Februari.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) merupakan pasukan berstatus kelab yang bertapak di Ipoh, Perak. Pada musim ini buat pertama kalinya mereka beraksi di Liga Perdana.

Mungkin tiada masalah buat pasukan Kelantan untuk mengatasi pasukan ini. Namum harus diingat jadual perlawanan bagi pasukan Kelantan pada bulan ini agak ketat. Selepas perlawanan ini, Kelantan akan pulang ke Kota Bharu untuk melayan pasukan Kedah pada 17 februari. Kemudiannya menunggu cabaran daripada Melaka United pada 21 Februari, dan kembali ke Ipoh untuk menentang Perak pada 28 februari.

Piala FA 2017 | PKNP FC vs Kelantan


Jadi pada aksi pusingan kedua Piala FA ini, satu langkah bijak yang patut Zahasmi Ismail (ZI) ambil adalah dengan membuat rotation pemain dengan merehatkan beberapa pemain penting. Simpan tenaga untuk bertemu Kedah nanti.

Untuk itu ZI perlu membentuk barisan skuad kedua Kelantan yang ampuh untuk menentang PKNP FC. Diharap dapat menurunkan beberapa pemain muda untuk diberikan pendedahan dalam perlawanan kompetitif.

Kita imbau kembali pretasi Kelantan dalam saingan Piala FA beberapa musim yang lalu.

Kelantan akan turun dengan rekod dua kali menjulang kejuaraan Piala FA iaitu pada dua musim berturut-turut (2012 dan 2013).

Nasib tidak menyebelahi Kelantan pada musim 2014, apabila tewas kepada Felda United di separuh akhir dengan kelebihan jaringan gol ditempat lawan.

Dalam keadaan Kelantan bergelut dengan masalah prestasi tidak menentu, pada musim 2015 mereka berikan kejutan dengan mara ke perlawanan akhir Piala FA 2015, namum tewas kepada pasukan Loins XII.

Pada musim 2016, prestasi Kelantan kembali menurun. Mereka hanya mampu mara sehingga ke pusingan ketiga (round of 16) selepas tewas kepada Kedah. Perlawanan terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti.

Untuk perlawanan ini, pasukan Kelantan memiliki kelebihan dan Abe yakin Kelantan tiada masalah besar untuk mara kepusingan seterusnya.
Load disqus comments

0 comments